SERIAN: Seorang lelaki yang menyertai acara larian Silabur Ultra Trail di Kampung Lobang Batu, di sini meninggal dunia pada semalam selepas jatuh pengsan.
Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, mangsa, 56, berasal dari Johor telah jatuh pengsan sebaik sahaja memulakan larian lebih kurang 3 km.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Serian dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat akan dilakukan untuk siasatan lanjut.

