ARTIKEL

Lelaki meninggal dunia lemas di Sungai Batang Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Mayat mangsa ditemui pada jam 11 pagi tadi

MUKAH : Seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Mukah pagi tadi.

Mangsa dijumpai pada jam 11.00 pagi setelah tersangkut di pukat yang digunakan oleh penduduk kampung dan nelayan dalam misi pencarian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima laporan sekitar jam 10 pagi daripada pengadu memaklumkan anak buahnya Ajeman Saini jatuh tergelincir ke dalam sungai sewaktu menaiki jeti penambang Kampung Tanjung.

“Usaha mencari dan menyelamat oleh penduduk kampung serta nelayan Kampung Litong berjaya menemui mangsa tidak jauh dari lokasi mangsa terjatuh.

“Mayat mangsa dibawa ke wad kecemasan Hospital Mukah dan Pegawai Perubatan telah mengesahkan kematiannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa ditempatkan di rumah mayat Hospital Mukah untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa jelasnya lagi tiada menemui sebarang kesan lebam, luka atau yang mencurigakan dan tiada unsur jenayah dan khianat dapat dikaitkan dengan punca kematian.

Operasi cari dan menyelamat (SAR) tidak diaktifkan kerana mangsa sudah dijumpai. Kes disiasat sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu