ARTIKEL

Lelaki nekad terjun sungai selepas bergaduh dengan rakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Seorang lelaki bertindak terjun ke dalam sungai berhampiran pangkalan lama feri sungai Buloh Kampung Seruyuk Hulu semalam.

Insiden sekitar jam 9.26 malam itu disaksikan oleh orang awam yang sedang memancing di lokasi terbabit sebelum melaporkan kepada pihak penguatkuasa.

Menurut salah seorang saksi berkata mangsa pada awalnya dikatakan bergaduh dengan seorang lelaki sebelum melarikan diri lalu bertindak terjun ke dalam sungai tersebut.

Tambahnya, mangsa pada awalnya cuba diselamatkan oleh pemancing setelah timbul namun bertindak melarikan ke arah tebing sungai.

Sementara itu Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan pihaknya masih lagi dalam operasi mencari mangsa di sekitar kawasan tebing sungai tersebut.

Menurutnya laporan mengenai penemuan mangsa di kawasan darat setakat ini masih belum ada sebarang maklumat lanjutan diperolehi.

Operasi pencarian mangsa terdahulu disertai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dan enam orang penduduk kampung.

TAPAK…Tapak kaki mangsa ditemui di tebing sungai terbabit selepas melarikan diri dan enggan dibantu oleh orang awam

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU