ARTIKEL

Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan yang terbabas ke dalam gaung di Kampung Ensebang Padang Billion, Jalan Serian - Simunjan.

Lelaki patah kaki, wanita cedera ringan selepas pikap terbabas ke dalam gaung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang lelaki mengalami patah kaki kiri manakala seorang wanita cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 9.30 malam tadi di Kampung Ensebang Padang Billion, Jalan Serian – Simunjan.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa berusia 23 dan 30 tahun dari dalam kenderaan berkenaan.

“Pihak bomba memberikan rawatan awal dengan memasang ‘C-collar’ dan ‘lower limb splint’ sebelum memindahkan mangsa ke atas pengusung,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan paramedik untuk rawatan lanjut.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya