ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki penjara 12 bulan cederakan teman wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencederakan teman wanitanya yang disyaki mempunyai hubungan dengan lelaki lain serta merosakkan kad pengenalan mangsa.

Majistret Leona Dominic Mojiliu menjatuhkan hukuman terhadap Griffin Nangkai Marshall Ayong, 35, selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapannya.

Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 bulan.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Peraturan 25(1)(d) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, dia dihukum penjara 12 bulan.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Menurut fakta kes, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam pada 13 April lalu di sebuah rumah di Jalan Kuap.

Tertuduh bertengkar dengan mangsa, 29, selepas menuduh wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Semasa pertengkaran, tertuduh menendang muka mangsa sehingga menyebabkan kecederaan pada pipi kanan dan bibir atas.

Dia turut merosakkan kad pengenalan mangsa dengan mematahkannya.

Mangsa kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada siasatan oleh polis Padawan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan