ARTIKEL

Lelaki pukul ibu, anak saudara ditahan polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN, Pahang: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memukul ibu dan anak saudara perempuannya dengan menggunakan penyapu dan topi keledar di hadapan sebuah rumah di sebuah taman perumahan di Mentakab, dekat Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pagi tadi, berhampiran rumahnya kerana dikatakan telah melarikan diri dengan menunggang motosikal selepas kejadian pada 4.30 petang semalam. 

“Suspek yang tidak bekerja dipercayai memukul tangan kanan anak saudaranya dengan menggunakan penyapu semasa mangsa datang ke rumah itu bersama ibu suspek dan seorang wanita Indonesia untuk membersihkan rumah. 

“Tindakan suspek menyebabkan mangsa bertindak keluar dari rumah, namun suspek didakwa mengikut mangsa sebelum memukulnya di belakang kepala dan badan menggunakan topi keledar di hadapan rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mazlan berkata ibu suspek yang berusia 77 tahun cuba membantu mangsa yang berusia 31 tahun dengan memukul suspek menggunakan penyapu, namun suspek dikatakan merentap penyapu itu yang kemudiannya digunakan untuk memukul muka ibunya.

Perbuatan itu mencederakan muka ibu suspek dan tangan, bahu kanan serta bahagian belakang kepala anak saudaranya.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit tinggal di rumah itu selepas ibunya memilih untuk keluar dan menetap di rumah anaknya yang lain yang terletak di taman perumahan berhampiran rumah berkenaan. 

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat motif suspek berbuat demikian dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara hingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i