ARTIKEL

Lelaki rempuh motosikal, kenderaan di Jalan Oya positif dadah, direman tiga hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Lelaki yang merempuh beberapa buah kenderaan di Jalan Oya di sini semalam, direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Oon Kork Chern selepas menerima permohonan yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat Inspektor Nurul Farhana Fadzil.

Suspek yang berusia 25 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya, serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan malam tadi mengesahkan suspek telah ditahan tidak lama selepas kejadian dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis amphetamine.

Tangkap layar daripada video yang memaparkan suspek ketika merempuh sebuah motosikal sebelum melanggar beberapa kenderaan di hadapannya.

Penahanan suspek dibuat selepas rakaman video berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan kereta Perodua Kenari berwarna putih yang dipandunya merempuh sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggangnya terjatuh.

Suspek kemudian dilihat melarikan diri dengan terus memandu dan melanggar beberapa kenderaan lain di hadapannya.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.35 pagi itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU