ARTIKEL

Lelaki rugi lebih RM1.1 juta terpedaya pelaburan saham palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun kerugian lebih RM1.1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham palsu melalui aplikasi dalam talian, FYCMAX.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, kes itu berlaku pada 9 Disember 2025 kira-kira 2 petang apabila mangsa menerima mesej WhatsApp yang menawarkan pelaburan FYCMAX dengan janji pulangan lumayan.

“Mangsa kemudiannya menyertai kumpulan WhatsApp FYCMAX VIP dan berhubung dengan beberapa admin sebelum diarahkan memuat naik aplikasi FYC untuk memudahkan pelaburan.

“Mangsa dipercayai membuat sebanyak 23 transaksi pemindahan wang ke empat akaun bank berbeza, dengan jumlah keseluruhan RM1,108,784.00,” katanya dalam kenyataan.

Alexson menambah, mangsa menyedari ditipu hanya selepas gagal mengeluarkan wang pelaburan beserta keuntungan yang dijanjikan.

Kes ini katanya, disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.

“Sekiranya sabit kesalahan, hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan serta denda boleh dikenakan,” jelas beliau.

Alexson turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pelaburan melalui laman sosial tanpa membuat semakan terlebih dahulu.

Beliau menekankan kepentingan memastikan syarikat atau laman sesawang mendapat kelulusan rasmi daripada Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti sebelum membuat sebarang pelaburan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU