ARTIKEL

Gambar Hiasan

Lelaki rugi RM238,000 akibat pelaburan palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun kerugian sebanyak RM238,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang menawarkan pulangan lumayan namun tidak wujud.


Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, mengesahkan bahawa Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Miri telah menerima satu laporan polis berhubung kes tersebut, semalam.


“Menurut siasatan awal, mangsa yang bekerja di sektor swasta telah diperdaya untuk melabur dalam skim pelaburan saham kononnya berkaitan dengan pasaran China.


“Pada peringkat awal, mangsa menerima keuntungan kecil sebagai umpan, yang menyebabkan beliau yakin dan melabur lebih banyak modal,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, mangsa melakukan 10 transaksi ke dua akaun bank pihak ketiga yang diberikan oleh suspek, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM238,000.


“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan semula “keuntungan” yang dijanjikan.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga sepuluh tahun, sebat, dan denda jika sabit kesalahan,” tegasnya.-TVS

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU