SIBU: Seorang lelaki berusia 34 tahun berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Salim, di sini petang tadi.
Komander Operasi PBK II Thomson Sumping berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.28 petang.
“Sejurus pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu ke lokasi, didapati sebuah kereta jenis Ford Kuga terbakar sepenuhnya pada bahagian enjin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Thomson, pemandu lelaki berjaya keluar dengan selamat.
“Api berjaya dikawal daripada merebak ke seluruh bahagian kederaan tersebut.
“Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.



