ARTIKEL

Kenderaan mangsa yang terbabas dalam kejadian tersebut.

Lelaki selisih maut dalam kemalangan kendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki berusia 43 tahun terselamat apabila kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di simpang masuk Jalan Sungai Bakong di sini, malam tadi (Isnin).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.58 malam.

Sejurus itu, katanya, seramai 11 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian berserta sebuah jentera FRT dan EMRS.

“Kemalangan kendiri itu melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Avanza dan terdapat seorang mangsa masih terdapat di tempat duduk pemandu.

“Pasukan bomba kemudian mengeluarkan mangsa dengan menggunakan ‘spinal board’ dan memasang ‘cervical collar’,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memberitahu bahawa mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Setelah mendapati keadaan terkawal, tambahnya, anggota bertolak balik ke balai dan operasi ditamatkan pada jam 12.10 malam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.