ARTIKEL

Lelaki tempatan dicekup disyaki miliki dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama dua peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya di tepi jalan Kampung Serikin di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Jawai Francis Kemas, penahanan lelaki berusia 52 tahun dilakukan pada jam 10.50 pagi oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat (IPD) Bau menerusi Op Tapi.

“Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Penahanan itu susulan ujian saringan air kencing suspek dikesan positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Jawai lagi, rampasan dadah dianggarkan seberat 51.44 gram dengan nilai berjumlah RM3,000.

Permohonan tahanan reman terhadap suspek juga akan dipohon untuk siasatan lanjut, ujarnya.

BERITA LAIN

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu

BERITA TERBARU

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu