ARTIKEL

Lelaki tempatan didenda RM2,900 terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM2,900 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu, Januari lalu.

Tertuduh Razlan Abdullah, 37, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Zubaidah memerintahkan tertuduh di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengambil dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine melakukan kesalahan itu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan sekitar jam 6.45 petang, 19 Januari lepas.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama

Menurut fakta kes, dia ditangkap selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah selepas ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atasnya didapati positif dadah.

Kemudian, sampel urin tertuduh dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis dan laporan menunjukan tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Nur Syafiqa Nyaie Ilin Manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU