ARTIKEL

Gambar Hiasan

Lelaki tempatan dipenjara curi motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara satu tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencuri sebuah motosikal.

Mohamad Zaidel Sidi, 40, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa di bawah Seksyen 379A dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, kerana mencuri sebuah motosikal milik lelaki berusia 43 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di  tempat letak motosikal di sebuah hospital di sini, antara jam 8 pagi hingga 1 petang, 1 November 2023.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu lelaki bekerja sebagai buruh melaporkan kepada pihak polis bahawa motosikalnya yang diletakkan di tempat letak motosikal hadapan sebuah hospital telah hilang dicuri orang.

Tertuduh akhirnya berjaya ditangkap pada 10 Januari lalu dan mengaku mencuri motosikal terbabit bersama rakannya yang digelar ‘Mat Bon’, seterusnya membawa pihak polis menuju ke tempat menyimpan motosikal berkenaan di sebuah rumah di Kampung Tabuan.

Hasil siasatan, pengadu dalam mengecam motosikal yang dirampas daripada tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU