ARTIKEL

Lelaki tempatan dipenjara enam bulan simpan motosikal curi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana menyimpan harta curi berupa sebuah motosikal milik seorang lelaki berusia 48 tahun.

Mohd Shafiq, 31, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dia melakukan kesalahan itu, di tepi Jalan Resak, sekitar jam 9.30 pagi, 17 Februari lalu.

Menurut fakta kes, pada 31 Disember 2025, sekitar jam 8.30 pagi, di sebuah tempat letak kereta di Jalan Song, pengadu menyedari motosikal milik bapanya telah hilang dicuri orang.

Pada 17 Februari lepas, sekitar jam 9.30 pagi, di tepi Jalan Resak, sempena Ops Lejang, pihak polis telah menahan seorang lelaki yang mencurigakan menggunakan sebuah motosikal.

Lelaki terbabit ditahan bersama motosikal untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Hasil siasatan, mendapati motosikal jenis Yamaha adalah milik mangsa berdasarkan nombor casis enjin yang didaftarkan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.A

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya