ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Lelaki tempatan dipenjara miliki dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memiliki Methamphetamine seberat 9.28 gram dan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Mike Easter Louis, 32, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa memiliki Methamphetamine seberat 0.11 gram dalam sebuah kereta jenis sedan dan dadah yang sama seberat 9.17 gram yang dia sembunyikan di celah pokok pisang.

Dia melakukan kesalahan itu di dua tempat berbeza iaitu di Jalan Kapor dan Lorong Kepayang di sini, sekitar jam 12.10 tengah malam, pada 31 Ogos 2023.

Pendakwaan kes bagi kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama.

Mason Jaro menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan pertama dan penjara dua tahun bagi pertuduhan kedua, selain memerintahkan tertuduh menjalani hukuman secara serentak.

Baca lain  Kerajaan Sarawak jamin serius tangani koronavirus

Manakala, pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) Akta yang sama, kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Dia melakukan kesalahan itu di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, sekitar jam 1.15 pagi, 31 Ogos 2023.

Bagi kesalahan itu, Mason menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap tertuduh selain dalam pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman.

Menurut fakta kes, Sepasukan anggota polis telah menahan seorang lelaki yang sedang duduk di bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis sedan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti dadah.

Hasil pemeriksaan pihak polis menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu di bawah tempat duduk pemandu.

Kemudian, tertuduh telah memandu arah anggota polis ke Lorong Kepayang dan mengambil sendiri satu lagi paket dadah yang disembunyikannya dalam celah pokok pisang.

Kedua-dua barang kes kemudian dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia dan laporan mengesahkan kedua-dua barang kes merupakan Methamphetamine seberat 0.11 gram dan 9.17 gram.

Baca lain  Sarawak salur lebih RM8 juta kepada dua NGO

Selain itu, hasil ujian saringan air kencing tertuduh juga didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU