ARTIKEL

Lelaki tempatan dipenjara miliki Methamphetamine

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memiliki 0.04 gram Methamphetamine, awal Januari lalu.

Tertuduh Raja Muhammad Fateeq Raja Mohammad Effendi, dari Matang jaya mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia memiliki bahan terlarang itu di hadapan sebuah rumah Kampung Sungai Bedil Besar, Petra Jaya, kira-kira jam 10.30 pagi, 5 Januari lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching telah melakukan satu serbuan di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan, 5 Januari lalu.

Hasil serbuan, berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang menyerahkan sendiri satu paket plastik berisi ketulan kristal yang disyaki syabu.

Barang kes kemudian dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia dan mengesahkan bahawa bahan tersebut merupakan dadah jenis Methamphetamine seberat 0.04 gram.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU