ARTIKEL

Lelaki tempatan ditemukan tidak bernyawa di pekarangan apartment

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun ditemukan meninggal dunia di pekarangan sebuah apartment di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan sekitar jam 5.35 pagi. 

Ekoran daripada maklumat tersebut, katanya satu laporan polis telah dibuat dan sepasukan pegawai dan anggota polis telah bergegas ke tempat kejadian. 

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang lelaki terbaring di hadapan pekarangan apartment yang didiami oleh si mati. 

“Kematian si mati telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Hospital Miri, namun tiada sebarang unsur jenayah dan kecederaan dijumpai pada tubuh badan si mati. 

“Berdasarkan pemeriksaan ke atas dokumen, si mati merupakan seorang lelaki berbangsa Melayu berasal dari Kuching, dan bekerja sebagai Pegawai Teknologi Makanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, mayat seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya, dan pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut (SDR), sekali gus membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. 

Pada masa sama, Alexson menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan. 

Bagaimanapun, individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)