ARTIKEL

gambar hiasan

Lelaki tempatan mengaku bersalah miliki air ketum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara empat bulan terhadap seorang lelaki tempatan kerana memiliki 520 mililiter (ml) air ketum, pada Ogos tahun lalu.

Shahdur Rahman Iskandar Shah, 25, dari Kampung Sungai Maong itu, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zuraidah Zakaria.

Tertuduh yang bekerja di sebuah kedai makan itu didakwa memiliki 520ml cecair mitragynine yang tersenarai dalam jadual pertama dan ketiga Akta Racun 1952 di sebuah rumah di Kampung Sungai Maong, sekitar 11.30 pagi, 5 Ogos 2024.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 9 (1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah kerana dipercayai terdapat aktiviti dadah.

Hasil pemeriksaan menemui satu botol air ketum di ruang tamu rumah sekali gus membawa kepada penahanan tertuduh.

Selain itu, hasil laporan kimia mendedahkan air tersebut merupakan cecair mitragynine berjumlah 520ml.

Hasil siasatan mendapati tertuduh memiliki 520ml cecair mitragynine yang tersenarai dalam jadual pertama dan ketiga Akta Racun 1952.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Mohd Fadzri Azham Zainudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU