ARTIKEL

Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Lelaki terapung ditemukan maut di perairan Tanjung Hantu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di perairan Tanjung Hantu, Pulau Pangkor, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 10.31 pagi di kedudukan kira-kira 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu.

Beliau berkata anggota APMM yang menaiki Bot Penggalang 1639 tiba di lokasi pada pukul 11.22 pagi dan mendapati mayat berkenaan dipercayai seorang lelaki warga Indonesia, berpakaian baju hitam serta berseluar pendek.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mayat itu ditemukan terlebih dahulu oleh sebuah bot pancing di kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika di barat Tanjung Hantu sebelum maklumat disalurkan kepada APMM.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan dan siasatan lanjut seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU