ARTIKEL

DITAHAN... Lelaki dan wanita yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun yang mendatangkan kecederaan di Jalan Canna pada 18 Julai lalu.

Lelaki, wanita ditahan disyaki terlibat kes samun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes samun yang mendatangkan kecederaan di Jalan Canna, di sini, pada 18 Julai.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek berusia antara 19 hingga 25 tahun itu ditahan di Jalan Satok kira-kira jam 1.05 pagi hari ini dalam operasi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching dengan kerjasama Bahagian D9, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.

“Semakan rekod jenayah pula mendapati suspek lelaki mempunyai satu rekod jenayah lampau kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan – memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU