ARTIKEL

Barang disyaki dadah yang berjaya dirampas dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah rumah kedai di kawasan Permyjaya di Miri pada Isnin lalu.

Lelaki warga asing ditahan, disyaki terlibat edar dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki warga asing telah ditahan di sebuah rumah kedai di kawasan Permyjaya di sini pada Isnin lalu kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun itu ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan oleh pasukan serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Hasil pemeriksaan dan serbuan, pihak polis telah menahan seorang lelaki serta merampas sejumlah 30 gram dadah disyaki jenis methamphetamine,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Alexson berkata suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Miri bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.

Menurutnya lagi, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan hukuman sebat tidak kurang 10 kali sebatan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau juga menasihatkan masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka untuk segera melaporkannya di mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, tujuannya agar aktiviti tersebut dapat dibendung dan dibanteras bersama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU