ARTIKEL

Lelaki warga asing ditahan polis, memiliki dadah bernilai RM2,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Bintulu berjaya menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan, awal tengah malam, semalam.

Saspek warganegara asing berumur 30 tahun itu ditahan di lorong belakang Kidurong Inn, Taman Perindustrian Kidurong, di sini.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili semasa mengesahkan tangkapan tersebut memberitahu hasil pemeriksaan dibuat ke atas beg sandang yang dipakai sabjek, pihak polis menemui 40 keratan tiub straw lutsinar dengan setiap satu mengandungi ketulan kristal disyaki dadah methamphetamine(syabu) berat kasar 17 gram dengan nilai pasaran RM2, 000.

Hasil ujian saringan awal yang dijalankan, katanya, mendapati saspek turut positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine manakala semakan rekod polis turut mendapati kesemua saspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes, katanya lagi, disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak melebihi sembilan sebatan.

Manakala kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5, 000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan juga diletak di bawah pengawasan untuk tempoh dua tahun.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU