ARTIKEL

gambar hiasan freepik.com

Lelaki warga asing kantoi curi motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cubaan seorang lelaki warga asing mencuri motosikal berhampiran sebuah hotel di Jalan Setia Raja di sini, semalam bukan sahaja gagal, malah membawa padah apabila ditangkap.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, video berdurasi 13 saat yang memaparkan suspek berusia 40 tahun itu ditangkap oleh orang awam berhampiran sebuah pasar raya di Tabuan Jaya turut tular di media sosial.

Katanya, semakan kamera litar tertutup (CCTV) turut mendapati suspek yang juga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) mengumpil tempat kunci motosikal tersebut, namun gagal membawa lari.

“Suspek kemudian melarikan diri ke arah sebuah pasar raya berdekatan dan berjaya dikesan oleh pemilik motosikal tersebut.

“Suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Alexson berkata hasil soal siasat, suspek yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah mengaku melakukan jenayah tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun setengah atau denda.

Selain itu, katanya di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan tidak melebihi enam sebatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU