ARTIKEL

TERSEPIT… Pertembungan tiga kenderaan di Jalan Pan Borneo, Jakar, di sini pagi tadi.

Lelaki warga emas cedera dalam kemalangan di Jalan Pan Borneo, Jakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang lelaki warga emas cedera dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Jalan Pan Borneo, Jakar, pagi tadi.

Komander Operasi PBK II, Hilary Pitre Ambit, berkata kemalangan berlaku sekitar jam 9.50 pagi, melibatkan kenderaan Perodua Kembara dan dua pacuan empat roda.

“Sejurus pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei tiba di lokasi, didapati lelaki warga emas berusia 65 tahun tersepit di dalam kenderaan Kembara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hilary, mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Manakala pemandu kedua-dua pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU