ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki warga emas maut dalam kebakaran di Klang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM, Selangor: Seorang lelaki warga emas maut manakala adiknya terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas C di Jalan Kereta Api Lama Batu 9, Klang, Selangor malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada 10.26 malam. 

Beliau berkata setelah api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 11.23 malam, anggota bertugas telah menemukan satu mayat berusia 79 tahun rentung di bawah timbunan kayu di lokasi kejadian.
 
“Anggaran kemusnahan adalah 90 peratus dan terdapat seorang mangsa yang juga lelaki warga emas telah dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, kebakaran yang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk dikawal itu melibatkan kekuatan 15 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, BBP Sungai Pinang dan BBP Kota Raja. 

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah