ARTIKEL

Lelaki warga India terjatuh dari kapal, dikhuatiri lemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki warga negara India dilaporkan terjatuh dari sebuah kapal di Gimhawk Shipyard, Sungai Maaw di sini, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 3.02 petang dan mengerahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokasi kejadian yang terletak 13 kilometer dari balai.

“Seorang mangsa lelaki warga negara India dikenali sebagai Jamwal Akash, 23, dikhuatiri lemas di Sungai Batang Igan sekitar jam 10 pagi hari ini (11 April).

“Semasa kejadian, saksi mendengar bunyi mangsa jatuh dari kapal dan ternampak mangsa terkapai-kapai di permukaan air sejauh 30 meter dari kapal tersebut.

“Saksi juga maklum bahawa dia tidak tahu apa pakaian yang digunakan oleh mangsa ketika kejadian,” katanya.

Menurut maklumat tambahan, kata Andy, mangsa mempunyai tatu perkataan ‘Patience’ pada bahagian leher sebelah kiri.

Pasukan Polis Marin, jelasnya lagi, telah membuat pencarian dalam radius lima kilometer hingga ke Jambatan Igan namun mangsa masih belum dijumpai.

“Komander operasi bertindak mengambil maklumat daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan saksi di lokasi kejadian.

“Setelah membuat perbincangan bersama pihak PDRM, operasi SAR akan dijalankan pada keesokan harinya pada jam 8.30 pagi (12 April) dan pasukan bomba akan mengeluarkan aset bot untuk memulakan pencarian bersama agensi terlibat,” ujarnya.

Setelah selesai mengambil maklumat, pasukan bomba bertolak balik ke balai dan operasi ditangguhkan pada jam 5.09 petang

Anggota bomba dan polis mengadakan perbincangan mengenai tindakan operasi selanjutnya semalam.
Tempat mangsa dilaporkan terjatuh ke Sungai Batang Igan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU