ARTIKEL

TANGKAP LAYAR… Datuk Majang Renggi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Lembaga Pelabuhan Sarawak mula beroperasi 2026, penyatuan beri nafas baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Pelabuhan Sarawak akan memulakan operasinya pada suku kedua tahun 2026, menyatukan semua lembaga pelabuhan sedia ada di negeri ini di bawah satu badan kawal selia tunggal.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi berkata penyatuan itu dibuat selaras dengan Ordinan Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024.

“Pada masa ini, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan telah menubuhkan satu ‘Task Force’ yang bertanggungjawab menyediakan kerangka pentadbiran dan pengurusan bagi pelaksanaan Lembaga Pelabuhan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Batu Danau, Datuk Paulus Palu Gumbang pada persidangan DUN Sarawak ke-19, hari ini.

Bagi proses penyatuan kawal selia lembaga pelabuhan di bawah Lembaga Pelabuhan Sarawak, katanya, proses berkenaan akan dilaksanakan melalui tiga fasa, iaitu fasa interim, pengkorporatan dan penswastaan.

“Dalam fasa interim, proses ini melibatkan pemindahan kawal selia daripada lembaga pelabuhan sedia ada kepada Lembaga Pelabuhan Sarawak seperti yang termaktub dalam Ordinan Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024.

“Manakala fasa pengkorporatan akan melibatkan penukaran status lembaga pelabuhan daripada badan berkanun kepada syarikat milik penuh kerajaan di bawah akta syarikat.

“Ini bertujuan membolehkan pengurusan dan operasi pelabuhan dikendalikan berasaskan pasaran dengan memberi tumpuan kepada kecekapan, kedudukan kewangan yang kukuh dan akauntabiliti, serta bersedia untuk proses penswastaan pada masa hadapan,” tambahnya.

Mengenai kedudukan kakitangan lembaga pelabuhan sedia ada, Majang berkata mereka akan ditawarkan penjawatan sama ada di Lembaga Pelabuhan Sarawak atau dalam entiti korporat pelabuhan baharu.
“Ia mengikut kesesuaian berdasarkan prinsip ‘no less favourable’,” ujarnya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan