ARTIKEL

Lepak sambil minum arak bawa padah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Enam individu termasuk tiga wanita warga Indonesia terus ditangkap ketika sedang berkumpul sambil menikmati minuman keras di perkarangan rumah sewa tidak bernombor Jalan Emas Jambusan, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, suspek pada awalnya telah diberikan amaran sebanyak tiga kali untuk tidak berkumpul oleh pihak polis yang sedang menjalankan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, kesemua suspek yang ditangkap masing-masing berusia 20 sehingga 68 tahun.

“Kita sebelumnya telah memberikan amaran sebanyak tiga kali kepada mereka namun ketika diperiksa semula suspek masih berkumpul dan sedang minum minuman keras di lokasi.

“Kesemua suspek seterusnya ditahan kerana gagal memberikan alasan munasabah serta didapati ingkar arahan PKP yang sedang dijalankan, ” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan) Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

Susulan itu, jelasnya, subjek terus di bawa ke Ibu Pejabat Polis Bau untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU