ARTIKEL

Ismail merakam gambar kenangan bersama-sama kakitangan LGM yang bertungkus lumus

LGM raikan Ramadan dengan komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sebagai usaha menyemarakkan semangat Ramadan dan memperkukuhkan ukhuwah sesama warga kerja serta masyarakat setempat, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Wilayah Sarawak dan Sabah telah menganjurkan program Agihan Bubur Lambuk secara gotong-royong di perkarangan pejabat LGM pada Khamis.

Menurut Pengarah LGM Wilayah Sarawak dan Sabah, Ismail Ibrahim, program ini telah memasuki tahun ketiga penganjurannya, bertujuan bukan sahaja untuk berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan LGM serta komuniti setempat.

“Tahun ini, sebanyak 400 bungkus bubur lambuk dan 185 bungkus acar limau berjaya disediakan dan diagihkan kepada warga LGM, premis-premis kerajaan berhampiran seperti FINAS, Jabatan Kimia, Yayasan Negeri Sarawak, Jabatan Kimia, CRAUN, Arkib Negeri Sarawak serta MARDI

“Saya berharap program ini akan terus dilaksanakan bagi membudayakan semangat gotong-royong dalam kalangan warga kerja serta menyemarakkan nilai keprihatinan sosial. Selain itu, kami juga ingin memastikan manfaatnya dapat diperluaskan kepada lebih ramai penerima pada masa depan,” katanya.

Di samping itu, ujarnya program yang mendapat kerjasama daripada Persatuan Islam Lembaga Getah Malaysia Wilayah Sarawak ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga kerja dan bakal dijadikan acara tahunan dengan skala yang lebih besar pada masa akan datang.

Kakitangan LGM tekun menyediakan bahan untuk memasak bubur lambuk.

Bagi meningkatkan lagi nilai rohaniah program, pihak LGM merancang untuk menambah pengisian aktiviti seperti ceramah agama dan sesi tazkirah dalam penganjuran tahun hadapan. Langkah ini diharap dapat menghidupkan lagi semangat Ramadan dalam kalangan warga kerja dan penerima manfaat.

Dalam memastikan kejayaan program ini, LGM bercadang untuk berkolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi memperluaskan impaknya.

“Kami percaya bahawa program kebajikan seperti ini dapat memberi manfaat yang lebih besar jika mendapat sokongan daripada lebih ramai pihak. Oleh itu, kami mengalu-alukan penyertaan daripada mana-mana organisasi yang ingin bersama-sama menjayakan inisiatif seperti ini,” tambah beliau ketika ditemu bual Suara Sarawak.

Justeru, LGM berhasrat untuk terus memperkasakan program ini dengan lebih banyak penyertaan dan sumbangan pada masa akan datang.

Dengan semangat kerjasama serta keprihatinan yang ditunjukkan, diharapkan program ini bukan sahaja dapat membantu golongan memerlukan, tetapi juga menjadi platform dalam membentuk masyarakat yang lebih prihatin dan penyayang

Wajah ceria kakitangan lelaki LGM.

Dalam pada itu, Pengerusi Program Shahibul Bin Abu Bakar berkata, seramai 15 kakitangan LGM berganding bahu sejak awal pagi bagi memastikan bubur lambuk dapat disediakan dengan sempurna.

“Sebanyak 30 kilogram daging dan lebih RM2,000 peruntukan telah digunakan untuk memasak bubur lambuk ini. Tambahan pula, 30 kilogram limau turut diagihkan, yang merupakan sumbangan peribadi daripada Ismail Ibrahim sendiri.

“Penyediaan acar limau dan resipi telah diketuai oleh Norupiah Putit dan sementara penyediaan bubur lambuk pula diketuai oleh Nur Amirah Rafaie” katanya.

Selain agihan makanan, infak khas kepada beberapa orang asnaf di kampung sekitar kuching akan turut dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan Ramadan. Tahun lalu, program ini telah berjaya memberikan infak kepada lebih 100 asnaf dan dijangka terus berkembang dari tahun ke tahun.

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga peluang untuk berkongsi rezeki serta memperkukuh ukhuwah dalam komuniti. Melalui inisiatif seperti Agihan Bubur Lambuk, LGM membuktikan bahawa nilai kemanusiaan dan kebersamaan dapat terus diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat.

30 kg limau disumbangkan Ismail sendiri untuk memasak acar.
Pengarah LGM Wilayah Sarawak dan Sabah, Ismail Ibrahim.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road