ARTIKEL

Lif Moden Kini Ganti Kemudahan Usang Di HUS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek penggantian lif usang di Hospital Umum Sarawak (HUS) bakal meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat sekali gus memastikan pergerakan pengguna lebih selamat dan lancar.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, skop kerja projek berkenaan merangkumi kerja-kerja meruntuh empat unit lif sedia ada serta pembekalan satu unit lif bomba dan dua unit lif penumpang selain kerja-kerja berkaitan.

“Projek tersebut telah bermula pada 9 Disember 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada 8 Oktober 2026 bagi fasa pertama, manakala fasa kedua dijadualkan tamat pada 8 Februari 2027,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu, hari ini.

Menurut kenyataan itu, projek berkenaan kini sedang giat dilaksanakan bagi memastikan operasi hospital lebih cekap, selamat dan mesra pesakit.

“Ia merupakan antara komitmen berterusan dalam usaha menambah baik kemudahan serta kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan awam di Sarawak kepada rakyat secara keseluruhannya,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, JKR Sarawak menambah bahawa pelaksanaan projek tersebut akan memberi manfaat besar kepada komuniti setempat dan pengguna melalui peningkatan tahap keselamatan.

“Selain itu, langkah ini dapat mengurangkan risiko kerosakan serta memendekkan tempoh menunggu, sekali gus memastikan pergerakan pesakit, warga emas dan kakitangan hospital lebih lancar serta selesa.

“Pemasangan lif baharu yang lebih moden dan cekap tenaga ini juga akan menyumbang kepada pengoperasian hospital yang lebih sistematik,” ujarnya.

BERITA LAIN

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU