ARTIKEL

FOKUS KEMENANGAN...Pemain Machan FC ketika sesi latihan. - FOTO MACHAN FC

Liga A1 Semi-Pro: Machan tetap optimis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelab handalan, Machan FC tetap yakin untuk beroleh sebarang mata tatkala turun berdepan Bunga Raya Damanasara FC di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya petang esok (Sabtu).

Pengurus Machan FC, Azizie Fauzie berkata, barisan pemain yang diturunkan pada perlawanan tersebut berdepan tugas mencabar setelah mengambil kira kelab terbabit yang turut diperkuat beberapa pemain berpengalaman.

Pun begitu kata Azizie, ia bukan kekangan untuk anak buahnya merealisasi misi beroleh sebarang mata.

Bahkan katanya, kelebihan beraksi di laman sendiri cuba dimanfaat dengan sebaik mungkin bagi beroleh kemenangan.

“Memang kemenangan yang menjadi fokus kita untuk perlawanan petang esok.

“Saya percaya dan yakin pemain mampu merealisasikannya kelak,” ujar Azizie kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Azizie, persiapan rapi dilakukan pasukannya selama seminggu diharap dapat menjadi titik tolak mencetak kemenangan yang diinginkan.

Sedikit kelainan aksi Machan FC apabila menurunkan beberapa muka baharu yang terdiri daripada skuad Sukma 2024.

Skuad Machan FC kini menghuni tangga ke-12 dan menggumpul lapan mata hasil dua kemenangan dan dua kali seri selain mengalami tujuh kekalahan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU