ARTIKEL

MENANG... Barisan kesebelasan utama pasukan Makarion FC.

LIGA BETONG 2026: Langkah kanan empat pasukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Minggu pertama kempen Liga Betong 2026 mencetuskan pelbagai situasi.

Empat perlawanan yang berlangsung hujung minggu lalu memperlihatkan keupayaan luar jangka pasukan terlibat untuk meraih tiga mata mutlak.

Dua perlawanan membabitkan kumpulan berbeza berlangsung pada Sabtu lepas.

Spaoh United dari Kumpulan A berjaya meraih tiga mata berharga selepas menumpaskan Landas Betong 2-0.

Hermanos FC dari Kumpulan B memulakan aksi pertama mereka dengan cemerlang apabila mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pusa District FC.

Satu lagi wakil Kumpulan A, Makarion FC, dilihat tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata mutlak hasil kemenangan bergaya 4-0 ke atas Crossover FC.

Bijat FC pula mencatat kemenangan 2-0 ke atas KSRB Bungin untuk memastikan tiga mata diperoleh.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU