BETONG: Pasukan Makarion FC seperti diramal berjaya melangkah ke pentas final Liga Betong 2026.
Anak-anak buah Leonard Lembang tidak berdepan masalah menyingkirkan Pusa District FC hasil kemenangan dengan jaringan 5-1 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong, petang tadi.

Babak pertama menyaksikan kesebelasan utama Makarion FC mudah mendominasi pentas saingan apabila mudah menyumbat empat gol.
Sebelum berjaya menambah satu lagi gol pada babak kedua. Pusa District FC berjaya memperoleh gol sagu hati pada pertengahan babak kedua.
Lawan Makarion FC pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 2 Ogos depan menanti pemenang antara Hermanos FC dengan Crossover FC.
Kedua-dua pasukan akan turun untuk aksi separuh akhir di padang Majlis Daerah Saratok (MDS) petang esok (Ahad).

