ARTIKEL

KAMI JUARA…Mohd. Azri Johari (tengah) merakam gambar bersama pemain SYFA selaku juara. - FOTO FAIZAL BUJANG

Liga Bola Sepak Bawah 16 Tahun: SYFA muncul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SYFA dinobat selaku juara Liga Bola Sepak Remaja Bawah 16 Tahun 2026.

Pilihan popular itu menumpaskan Tamanmu A dengan jaringan (2-0) pada aksi final yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Sindang, Kota Samarahan petang tadi.

Kejayaan itu membolehkan barisan pemain SYFA membawa pulang wang tunai RM650, piala dan pingat.

Sambil, wang tunai RM500, piala dan pingat diterima pemain Tamanmu A selaku naib juara.

Sementara itu, pasukan Tamanmu B dan Tambirat A yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM300, piala dan juga pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd. Azri Johari serta beberapa jemputan lain.

Liga Bola Sepak Remaja Bawah 16 Tahun 2026 dianjur oleh Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA) dengan kerjasama GEN16.

Pengerusi Kejohanan, Abdul Muhtalip Tegak menzahir ucapan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama diberikan pada penganjuran liga berkenaan.

“Pihak kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutama Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah Wang atas sokongan diberikan,” tambah Muhtalip.

Beliau juga turut menzahir ucapan terima kasih kepada pihak ETFDP Cawangan Sarawak dan premis sukan Runati.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU