KOTA SAMARAHAN: Liga Bola Sepak Veteran Samarahan 2026 (LBVeS26) yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 3 Mei depan dijangka menarik dan sengit.
Acara berprestij anjuran Kelab Bola Sepak MO-2UANG LEGASI bakal menghimpunkan pasukan mewakili pelbagai kelab handalan sekitar Kuching dan Samarahan.
Pengerusi kejohanan, Abdul Muhtalip Tegak memberitahu, kejohanan tiga hari tersebut menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan RM2,500.
Menurut Muhtalip, juara akan menerima wang tunai RM1,000 beserta piala dan hadiah iringan yang lain.
Naib juara akan menerima wang tunai RM700 selain piala dan hadiah iringan.
“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir akan menerima wang tunai RM400 beserta hadiah iringan selaku pemenang tempat ketiga bersama,” ujar Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.
Tegas Muhtalip, penyertaan mula dibuka dan sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi beliau di talian 012-8844581.
Katanya, yuran pendaftaran RM550 dan sasaran awal pasukan terhad kepada 16 atau sekurang-kurangnya 12 pasukan sahaja.



