KUCHING: Kelab handalan Machan FC akan menguji kemampuan pemainnya menerusi tiga aksi persahabatan di dua kawasan berbeza.
Presiden Kelab Bola Sepak Machan FC Azizie Fauzi memberitahu pihaknya terus komited mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kempen Liga M3 musim ini.
Menurut Azizie, selain fokus kepada latihan, aksi pemanas badan juga turut diperhebatkan.
“Pemain akan mengharungi tiga perlawanan persahabatan.
“(Pertama) menentang pasukan pilihan Miri pada 24 April di padang bola sepak KRP Lutong, Miri (7.30 malam).
“Selain itu, menentang pasukan SUKMA Sarawak di gelanggang sama pada 25 April (4.00 petang), disusuli perlawanan menentang kelab Padi FC (Sibu) pada 27 April di Pusat Sukan Komuniti Azmam Hashim, Sibu (4.00 petang),” ujar Azizie kepada Arena Suara Sarawak.
Jelas Azizie lagi, tiga perlawanan persahabatan tersebut penting bukan sahaja bagi pemain, tetapi bagi jurulatih juga untuk menilai kemampuan mereka.
Dengan kata lain, daripada perlawanan itu, mereka dapat mengenal pasti kelemahan di segenap posisi dan melihat tahap keserasian para pemain.





