ARTIKEL

LIGA M4: Kehebatan Machan FC sukar digugat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gergasi serba mantap, Machan FC meneruskan kecemerlangan dalam kempen Liga M4 Zon 3 Borneo 2023 apabila berjaya meraih tiga mata selepas menumpaskan Mukah YT (2-1) pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Mukah Sabtu lalu.

LEPAS….Paul Sambang (kanan) berjaya melepaskan diri walaupun cuba ditarik pemain pertahanan Mukah YT.

Mesin gol berpengalaman, Paul Sambang muncul wira Machan FC apabila menjaringkan gol kemenangan minit ke-90(+2).

Meskipun, pada awalnya kedua-dua pasukan hampir pasti berkongsi satu mata selepas terikat (1-1).

Machan FC terdahulu mengemudi perlawanan menerusi jaringan awal dilakukan Adam Fahmi Iskandar minit ke-12 sebelum bekas penyerang Sarawak dan Kuching City, Sufizal Ismail menyamakan kedudukan menerusi gol dijaringkannya pada minit ke-18.

Pasukan Machan FC yang turut diperkuatkan bekas penyerang skuad kebangsaan kelahiran Sabah, Rozaimi Abdul Rahman selain bekas-bekas pemain Kuching City FC.

Berbanding Mukah YT yang turut diterajui bekas penyerang Sarawak dan Kuching City FC, Sufizal Ismail.

Kekuatan setara diperaga pemain kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan. Malah, masing-masing berpeluang menambah koleksi gol, namun percubaan dilakukn gagal menembusi gawang lawan masing-masing.

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU