ARTIKEL

Liga Malaysia 2020: Berlatih sendirian lagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD Kuching FA tetap menjalani latihan secara individu di rumah sepanjang tempoh 14 hari kuarantin wajib selepas salah seorang pemain positif Covid-19.

Tonggak Kuching FA Joseph Kalang Tie berkata, pasukannya kini hanya berlatih di rumah masing-masing, mengikuti program latihan yang telah disediakan oleh jurulatih.

“Fokus utama latihan ialah mengekalkan kekuatan dan kecergasan fizikal,” katanya yang dihubungi Suara Sarawak semalam.

Menurut Joseph, pengalaman berlatih secara sendirian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini akan membantu mereka.

“Demi kesihatan dan kebaikan semua pihak, kami akur dengan perintah kuarantin… dan sedia untuk berlatih sendirian lagi,” ujarnya.

Joseph turut menasihati para penyokong dan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan dan menjaga jarak antara satu sama lain.

“Jangan lupa sentiasa menggunakan pelitup muka ketika berada di luar rumah atau tempat awam dan mengikuti setiap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” tegas Joseph.

Kuching FA telah mengesahkan salah seorang pemain mereka yang juga petugas di Hospital Kota Sentosa positif Covid-19.

Skuad tersebut telah membuat ujian swab di Klinik Kesihatan Petra Jaya (KKPJ) dan akan membuat ujian saringan kedua pada 5 Ogos ini.

Sebelum ini, mereka telah pun berlatih bersama sejak sebulan yang lalu sebagai persediaan ke Liga Premier 2020 yang akan disambung pada 26 Ogos ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU