ARTIKEL

LIGA MALAYSIA 2021: Semua latihan ditangguhkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEMUA aktiviti bola sepak profesional di seluruh negara ditangguhkan selama dua minggu hingga 26 Januari, dan arahan itu turut meliputi kawasan yang dikenakan PKPB dan PKPP.
Demikian kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.
“Kita mengikut apa prosedur yang ditetapkan kerajaan, kita pun tiada pertandingan (setakat ini) hanya latihan.
“Tetapi mereka (pasukan) perlu patuh untuk tidak mengadakan latihan di seluruh negara,” tambah beliau.
Liga Malaysia 2021 dijadualkan bermula pada 26 Februari depan, dan ia dijangka akan ditangguhkan.
Musim lalu menyaksikan Liga Malaysia ditangguhkan selama enam bulan. Ia disambung semula pada September, dan jadual perlawanan dikurangkan.
Empat kejohanan, Piala FA, Liga M3, Piala Presiden dan Piala Belia dibatalkan, setelah beberapa aksi.
Malah kejohanan bersejarah, Piala Malaysia juga dibatalkan setelah memasuki peringkat suku akhir.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU