KUCHING: Reputasi hebat skuad Kotaras City FC pada kempen Liga Miri 2025 ternyata sukar digugat pasukan lain ketika ini.
Pilihan popular itu masih gah mengungguli kedudukan teratas, dengan mengutip sembilan mata selepas mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut setakat ini.
Mereka menang dengan jaringan tipis 3-2 ke atas Bard’s 78 FT dalam aksi pembuka tirai pada 19 Januari lalu.
Ia disusuli kemenangan 1-0 ke atas Armin FC pada aksi kedua pada 25 Januari, sebelum mereka menumpaskan Dasan Rovers 3-1 dalam perlawanan ketiga pada 2 Februari lepas.
Pencabar terdekat mereka, Upai Semaring, turut mengalami satu kekalahan daripada jumlah perlawanan yang sama untuk mengumpul tujuh mata, dan mengekori rapat di tangga kedua.
Kedua-dua pasukan mempunyai baki dua perlawanan selepas ini.
Apa pun, Kotaras City FC dilihat mempunyai kelebihan untuk bergelar juara pada musim ini, dengan syarat mereka tidak tewas dalam dua perlawanan terakhir.
Upai Semaring berpeluang untuk dinobatkan selaku juara andaikata mereka menang dalam dua perlawanan terakhir mereka sambil mengharapkan Kotaras City FC gagal untuk meneruskan rentak kemenangan dalam dua perlawanan terakhir yang bakal mereka lalui.


