Trending

Liga premier 2020: Kuching FA turun padang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SKUAD Kuching FA kembali menyambung sesi latihan hari ini (Rabu) selepas keputusan ujian calitan semalam mendapati semua pemain dan pegawai pasukan negatif Covid-19.

Penolong pengurus, Iswandy Ali Hassan memberitahu ia merupakan berita yang cukup menggembirakan. “Kami akhirnya lega kerana dapat menyambung semula latihan mulai esok (Rabu),” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Bagaimanapun, ia tidak membabitkan lima pemain yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 kerana mereka masih dalam proses kuarantin di rumah masingmasing sehingga 21 Ogos ini.

Iswandy Ali Hassan

“Kami akan fokus kepada tahap kecergasan pemain. Bayangkan dua minggu melalui proses kuarantin, segalanya hilang begitu sahaja,” ujar Iswandy lagi.

Sebelum ini, Kuching FA telah pun menjalani latihan lebih sebulan, namun sebaik salah seorang pemainnya didapati positif Covid19, latihan dihentikan serta-merta. Dua hari kemudian empat lagi pemain mereka positif.

Ia membabitkan tiga pemain tempatan dan dua pemain import. Ia ekoran wabak Covid-19 yang kembali ‘menyerang’ Kuching tiga minggu yang lalu melalui pelbagai kluster baharu.

Aksi persahabatan menentang skuad Liga Super Sabah terpaksa dibatalkan. Kuching FA akan menentang Selangor 2 di Stadium Sarawak pada 26 Ogos ini dalam aksi Liga Premier 2020.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Konvokesyen Ikmas Ke-19

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada