ARTIKEL

MENANG SELESA… Barisan kesebelasan utama skuad Samarahan. — Foto Faizal Bujang

LIGA PREMIER SARAWAK 2025/2026: Bekalan selesa buat Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Skuad Samarahan berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Miri dalam aksi suku akhir pertama kempen Liga Premier Sarawak 2025/2026 di Stadium Terbuka Kota Samarahan, petang tadi.

Sentuhan penyudah trio sensasi, Muhd Razif Razali, Ahmad Mubin Hamlet dan Awang Kamaruddin Awang Bohan menjadi penyumbang kemenangan bergaya anak-anak buah Ideris Untong menerusi gol pada minit ke-30, 85 dan 90+3.

Sekali gus, keputusan itu menjadi bekalan selesa buat Samarahan untuk mengharungi 90 minit aksi timbal balik yang akan berlangsung di Miri pada 17 Januari nanti.

“Kemenangan cukup bermakna bagi kami. Apa yang lebih penting ialah kelebihan tiga gol yang diperoleh, sekali gus menjadi bekalan untuk mengharungi aksi timbal balik di Miri nanti,” ujar Ideris kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Ideris, keadaan padang yang kurang memuaskan ekoran hujan yang turun sebelum perlawanan sedikit merencatkan persembahan pemainnya.

“Kami boleh melepasi defisit gol sedia ada mengambil kira himpunan peluang yang terhidang sepanjang perlawanan.

“Keadaan padang yang kurang memuaskan jelas menghambat keinginan untuk melepasi jumlah gol sedia ada,” tambahnya.

Apa pun, beliau menghamburkan pujian kepada semua pemainnya kerana telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam perlawanan tersebut.

Aksi antara Samarahan dan Miri bermula sedikit lewat daripada jadual asal disebabkan masalah garisan padang yang kurang jelas selepas hujan.

Sementara itu, tiga lagi perlawanan lain turut berlangsung petang tadi. Bintulu mengatasi PDRM 4-1 di Stadium UNIMAS, Kota Samarahan, manakala Serian menewaskan Kapit 3-0 di Kompleks Sukan Kapit.

Dalam satu lagi perlawanan, Kuching mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Limbang di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU