ARTIKEL

PRESIDEN PBBS…Mohd. Azri Johari

Liga Premier Sarawak 2025/2026: Samarahan sedia harungi 120 minit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Skuad Samarahan cuba untuk fokus mencipta kemenangan pada aksi separuh akhir kedua menentang jiran tetangga, Serian di Stadium Sarawak, Petra Jaya Sabtu ini (31 Januari).

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd. Azri Johari menegaskan, mereka mahu melangsai tugas untuk baki 90 minit kedua dengan kemenangan mutlak dapat diperoleh.

Malah, pasukannya siap sedia mengharungi 120 minit masa perlawanan dan berdepan dengan penentuan sepakan penalti andaikata aksi terus berlanjutan.

“Kita bersedia untuk mengharungi gelora separuh akhir kedua Sabtu ini.

“Tidak kira sama ada perlawanan itu nanti berlanjutan hingga minit ke-120 atau penentuan sepakan penalti, kami siap sedia,” ujar Azri kepada Arena Suara Sarawak.

Azri akui, tiada istilah pemainnya berdepan tekanan mengambil kira perlawanan Sabtu berlangsung di laman sendiri.

“Bagi kami bermain di laman sendiri atau gelanggang lawan sama sahaja, yang penting kami fokus menang untuk layak ke final,” tambah Azri.

Aksi timbal balik Samarahan dan Serian Sabtu ini dijangka lebih dramatik kerana masing-masing turun dengan satu misi, mahu memastikan kemenangan.

Perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Terbuka Kota Samarahan Sabtu lepas melihatkan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU