ARTIKEL

TERUNA JEMAN…Ketua jurulatih Samarahan.

Liga Premier Sarawak 2025: Aksi PDRM, Samarahan ditukar ke UNIMAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Aksi buka tirai Liga Premier Sarawak 2025 antara dua pasukan Zon A, PDRM FC dan Samarahan yang sebelum ini dijadual berlangsung di Stadium Sarawak, Petra Jaya pada 20 September ini diubah ke gelanggang baharu iaitu Stadium UNIMAS.

Demikian dinyatakan oleh ketua jurulatih Samarahan, Teruna Jeman kepada Arena Suara Sarawak sebentar tadi.

“Ada perubahan gelanggang untuk perlawanan pertama kita (Samarahan) menentang PDRM nanti, ia diubah ke Stadium UNIMAS,” tegas Teruna.

Beliau akui perubahan gelanggang tersebut baru sahaja dimaklumkan kepada pihaknya beberapa hari lepas ekoran masalah yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, menurut Teruna, ia tidak menjejaskan persiapan pasukannya untuk perlawanan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU