ARTIKEL

PRESIDEN BDFA...Abang Suhordie.

Liga Premier Sarawak 2025: Betong buru kemenangan kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Prestasi kemuncak menyelubungi sanubari pemain skuad Betong ketika ini ekoran kemenangan (2-0) dicatat ke atas Sarikei hujung minggu lalu.

Skuad Betong kini memburu kemenangan kedua dalam pertemuan dengan jiran tetangga, Sri Aman di Kompleks Sukan Sri Aman Sabtu ini (8 November).

SEDIA BANGKIT…Barisan pemain skuad Betong.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu, pemain mereka masih berada dalam ‘mood’ kemenangan.

Katanya, sudah pasti tiga mata mutlak berada dalam radar pasukan terbabit pada perlawanan hujung minggu ini.

“Saya percaya jika pemain dapat mengekalkan momentum terbaik seperti tempoh hari, peluang untuk beroleh tiga mata amat cerah,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Perlawanan pusingan pertama kedua-dua pasukan terbabit yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong menyaksikan Sri Aman berjaya mencatat kemenangan (3-1).

Pun begitu, Abang Suhordie menegaskan rekod pertemuan lepas tidak boleh dijadikan ukuran untuk memberi gambaran bahawa segalanya akan berpihak kepada pasukan lawan.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu