ARTIKEL

Pasukan pelawat...Kesebelasan utama Kuching FA.

Liga Premier Sarawak 2025: Rekod cemerlang Serian lebur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Rekod cemerlang Serian dalam kempen Liga Premier Sarawak 2025 tercalar apabila aksi terakhir sang juara Zon Selatan kalah tipis (3-2) ketika menentang Kuching FA di Kompleks Sukan Siburan pada Sabtu.

Tuan rumah seakan-akan tersentap apabila pelawat membuat kejutan menerusi tiga jaringan awal.

Tuan rumah…Kesebelasan utama Serian FA.

Penyerang utama, Amirrul Iqmal Bolhi membuka tirai jaringan menerusi tandukan hasil bola lintang dari bahagian kiri padang pada minit ke-10.

Pasukan pelawat tidak menunggu lama menjarakkan jurang selepas itu dengan menambah satu lagi gol hasil rembatan terus dari bahagian kiri oleh Mohammad Harith Akmal Jafarudin pada minit ke-16.

Cornelius Ornley Jina mencipta kejutan selepas berjaya menjaringkan gol sejurus bermula separuh masa kedua iaitu pada minit ke-46.

Pasukan tuan rumah seterusnya bertindak membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Mohamad Cairum Ridzuan Mohd Razi dan Badshraf Aimar Bogi, menggantikan Mackenzie Peter dan Aaron Jeremiah Renang.

Aksi sengit ditampilkan selepas Serian berjaya merapatkan jurang menerusi dua gol pada separuh masa kedua.

Kesilapan penjaga gawang gagal menampan kemas bola digunakan sebaik mungkin oleh Paul Sambang untuk menjaringkan gol pertama buat tuan rumah pada minit ke-48.

Penyerang sensasi tuan rumah itu sekali lagi menyempurnakan peluang di hadapan gol selepas mudah menolak masuk bola ke gawang gol lawan pada minit ke-63.

Perlawanan tamat dengan keputusan 3-2.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU