ARTIKEL

REGANG...Pemain Serian melakukan senaman ringan ketika sesi latihan. - FOTO FAIZAL BUJANG

Liga Premier Sarawak 2026: Misi Serampang Dua Mata Serian Berdepan Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Jika kebanyakan pasukan memasang impian untuk mencetak kemenangan pada aksi suku akhir pertama kempen Liga Premier Sarawak 2026, Serian turut memasang impian sama ke arah itu.

Jagoan terbilang itu memberi bayangan untuk cuba memanfaat kelebihan beraksi di laman sendiri (Kompleks Sukan Balai Ringin) apabila turun menentang Sibu petang esok (Sabtu).

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), MD Haiqal Abdullah memberitahu, mereka tidak rela dimamah kekecewaan untuk aksi petang esok.

“Kemenangan menjadi fokus kami untuk perlawanan menentang Sibu esok.

“Selain menang, lebihan gol juga menjadi buruan kami,” ujar Haiqal kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau percaya barisan pemainnya menyimpan keinginan untuk menggapai misi serampang dua mata itu.

Bagaimanapun, Haiqal percaya tugasan mencabar menanti pemainnya mengambil kira pasukan pelawat yang berprestasi kemuncak ketika ini.

“Saya harap pemain mampu tampil konsisten sepanjang perlawanan. Yang penting, jentera serangan mampu menterjemah peluang dimiliki kepada jaringan,” tambah Haiqal.

Sambil itu, beliau mengingatkan pemainnya agar tidak terlalu mengambil mudah dengan keupayaan pasukan pelawat.

“Sibu juga pasti akan berusaha menampilkan permainan terbaik mereka untuk meraih kemenangan,” kata Haiqal.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU