ARTIKEL

TETAP BERWASPADA… Farhan Abdullah @ Anai Igang.

LIGA PREMIER SARAWAK 2026: Pemain dituntut kekal disiplin sepanjang 90 minit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ketua jurulatih Bintulu, Farhan Abdullah @ Anai Igang mengingatkan barisan pemainnya agar mengekalkan tahap disiplin yang tinggi sepanjang 90 minit permainan pada aksi suku akhir pertama kempen Liga Premier Sarawak 2026 menentang PDRM di Stadium Sarawak, Petra Jaya petang esok.

Beliau menegaskan bahawa fokus terhadap elemen tersebut mampu membentuk kombinasi mantap di setiap posisi selain berupaya memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah.

“Kita menjangkakan satu perlawanan yang sengit menentang PDRM petang esok. Oleh itu, ingatan saya kepada pemain adalah agar kekal berdisiplin sepanjang perlawanan dan sentiasa fokus,” ujar Farhan kepada Arena Suara Sarawak.

Jurulatih berpengalaman luas itu mengakui tiada jalan mudah bagi anak buahnya untuk mencatat kemenangan memandangkan pasukan tuan rumah pastinya sudah menyediakan strategi terbaik bagi mengharungi perlawanan tersebut.

“Apa yang paling penting, pemain perlu mengekalkan momentum terbaik dan beraksi seperti mana yang telah dirancang,” tambah Farhan lagi.

Beliau turut menyatakan bahawa semua pemain kini berada pada tahap kesediaan tertinggi untuk berhadapan dengan cabaran pasukan keempat terbaik dari Zon Selatan itu.

“Semua pemain sudah bersedia untuk menempuhi perlawanan genting petang esok,” jelas Farhan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU