ARTIKEL

SELESAI UNDIAN... Mohd. Azri Johari (duduk di tengah) bersama wakil pasukan yang terlibat.

Liga Samarahan 2026 buka tirai Sabtu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kempen Liga Samarahan 2026 kembali menemui peminat dengan sepak mula acara anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) pada Sabtu ini (13 Jun).

Presiden PBBS, Mohd. Azri Johari, berkata ia menandakan bermulanya misi pasukan yang terlibat untuk memburu kejuaraan musim ini.

“Kempen Liga Samarahan 2026 bermula Sabtu ini, sekali gus menandakan bermulanya misi pemburuan gelaran juara,” ujar Azri kepada Arena Suara Sarawak.

Semalam berlangsung sesi taklimat dan undian membabitkan pasukan yang terlibat di salah sebuah restoran terkemuka.

Menurut Azri, pihaknya menjangka saingan liga musim ini berlangsung sengit.

“Pasukan yang terlibat merupakan kelab handalan dari Samarahan dan kawasan sekitarnya serta diperkuatkan oleh ramai pemain handalan,” tambah Azri.

Beliau menjelaskan sesi undian semalam menyaksikan tiga pasukan sudah dikenal pasti berada dalam Kumpulan A, iaitu Gedong Unity, GEN 16 dan Tarang FC.

“Masih terdapat satu lagi slot yang belum diisi dalam kumpulan tersebut dan akan diketahui dalam masa terdekat,” jelas Azri.

Manakala, empat pasukan dalam Kumpulan B ialah D Cederio FC, LPFC, Tambirat Academy dan Sambir Bistari.

Katanya, Padang Sintetik UNIMAS merupakan gelanggang rasmi yang akan digunakan sepanjang saingan peringkat kumpulan.

“Aksi final pula akan berlangsung di Stadium Terbuka Kota Samarahan,” kata Azri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU